81. At-Takwir
1Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)
2Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak
3Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)
4Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar
5Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan
6Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur
7Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya
8Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya
9Dengan dosa apakah ia dibunuh
10Dan apabila surat-surat amal dibentangkan
11Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya
12Dan apabila neraka dinyalakan menjulang
13Dan apabila Syurga didekatkan
14(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya
15Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul
16Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya
17Dan malam, apabila ia hampir habis
18Dan siang, apabila ia mulai terang
19Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia
20Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy
21Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai
22Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh)
23Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata
24Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib
25Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam
26(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)
27Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam
28Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul
29Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam
sumber: Abdullah Muhammad Basmeih
WEBREATH · 11:11
«If you are thankful, I will give you more» — Quran 14:7
Breath is one for all: everyone lives by it, whoever they are and whatever they believe. Every day at 11:11 local time people stop for sixty seconds, breathe, and thank GOD for the breath — each in their own words, each within themselves. In that minute we are One Breath.
WEBREATH — the Minute at 11:11, your own local time — we are One Breath